Minggu, 16 Maret 2014
Gelaran Datuk Diterima Satu Pengiktirafan

KUALA LUMPUR – Penerbit filem dan pelakon Rosyam Nor menyifatkan gelaran Datuk yang diterimanya sempena ulang tahun ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob sebagai satu penghormatan kepada anak seni terutamanya dalam bidang perfileman.
Rosyam, 46, berkata, penganugerahan itu adalah bukti bahawa kerajaan mula memandang serius terhadap usaha yang dilakukan oleh anak seni sepertinya dalam membangunkan industri seni tanah air.
“Saya sangat merendah diri dan bersyukur apabila diberitahu saya antara penerima pingat berkenaan dan ia satu penghormatan buat saya sebagai pelakon dan penerbit.
“Ia bukti semua usaha membangunkan industri hiburan negara selama ini mula dipandang serius oleh pihak kerajaan dan penganugerahan ini akan memangkinkan lagi semangat saya selepas ini,” katanya kepada mStar Online.
Rosyam ditemui ketika menghadiri majlis perasmian bengkel dan butik menjual alat ganti iaitu S4M Motorsports ‘Big Bike Garage’ yang dimiliki oleh pelakon Didie Alias di Setapak pada Sabtu.
Pelakon berkenaan antara 79 penerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang juga membawa gelaran Datuk termasuk penyanyi Ramli Sarip yang menerima DPSM Kehormat membawa gelaran yang sama.
Istiadat pengurniaan pingat dan darjah kebesaran berlangsung di Dewan Seri Negeri Melaka pada Ahad (hari ini).
Tambahnya, anugerah itu diharap dapat dijadikan inspirasi kepada individu lain untuk terus memperjuangkan industri dengan lebih bersungguh-sungguh.
Sementara itu, Rosyam berkata, tidak menjadi masalah baginya jika peminat ataupun kenalan mahu memanggilnya Datuk ataupun namanya sahaja seperti sebelum ini.
Jelas Rosyam, dia tidak mahu gelaran tersebut akan meletakkan jurang sedangkan prinsip hidupnya tetap sama.
“Hendak panggil ‘Datuk’, ‘abang’, ‘Rosyam’ atau pun ‘sayang’ saya tetap akan sahut panggilan daripada mereka kerana gelaran tersebut bukan untuk saya bermegah-megah,” ujarnya. – mStar Online
Sabtu, 15 Maret 2014
Panduan Atasi Ketagihan Seks Melampau Cara Islam
![]() |
| Cara Atasi Ketagihan Seks Melampau |
Kaedah Mengawal Nafsu Syahwat
Sudah menjadi lumrah bahawa setiap proses penyembuhan sama ada yang berbentuk fizikal atau spiritual mempunayai pantang larang yang mesti dipatuhi. Berikut ialah cadangan beberapa kaedah untuk mengawal nafsu syahwat.
1) Fikirkan tentang matlamat hidup dan sibukkan diri untuk mencapainya.
2) Pasakkan keyakinan AlLah maha melihat apa yang sedang kita lakukan
3) Sedarkan diri bahawa malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan perkara yang kita lakukan
4) Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik serta soleh.
5) Putuskan hubungan “songsang” dan “gelap” sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet mahupun fizikal, melalui laman chat, e-mel, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di depan computer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri daripada berseorangan. Jika berbual mesra dan makan tengah hari bersama rakan sekerja yang berlainan jantina itu puncanya, maka elakkan diri, begitulah seterusnya.
6) Putuskan hubungan adik, kakak, dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pengundang maksiat.
7) Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat. Setiap orang tahu dan sedar jenis tindakan yang boleh mendorong syahwat masing-masing kerana ia mungkin tidak sama dengan orang lain.
8) Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat sasaran baru seperti mengtinjauankan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu sasaran lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa sasaran dalam kehidupan, keinganana syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.
9) Sertai kumpulan yang bersifat keagamaan yang boleh membawa ingatan kepada allah. Namun awas dan elakkan diri daripada kumpulan songsang dan ajaran sesat.
10) Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah. Dengannya anda akan mendapat rakan dan sahabat yang baik. Selain itu waktu kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibentung tinjauan kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit.
11) Kalau anda sedang bekerja atau belajar, sasarkan diri untuk cemerlang dalam semua matapelajaran atau kerjaya anda. Dengan itu anda akan lebih sibuk dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan sekaligus ingatan kepada syahwat akan mula menurun dan ruangnya disempitkan
12) Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar sebab memikirkan kematian
13) Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu. Adakah anda suka untuk menerima kematian dalam situasi itu?
14) Kalau anda sedang bersyahwat dengan wanita sekalipun secara maya seperti internet dan tv , segeralah gambarkan kehodohannya agar syahwat menurun. Contohnya bayangkan wanita itu mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor ada AIDS dan banyak lagi.
15) Kalau computer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, maka mainkan alunan zikir , dan bacaan Al-quran setiap kali menghadap computer. insyaAllah, rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak pun sedikit.
16) Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan. Satu jurus langkah kea rah maksiat ialah kunci syaitan untuk menjerumuskan manusia ke dalam lembah maksiat yang lebih besar
17) Menjaga pemakanan dengan memastikan makanan itu halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada nafsu syahwat yang liar.
18) Memastikan harta yang diperoleh itu daripada sumber yang halal
19) Amalkan untuk berpuasa sunat, berzikir secara disiplin setiap kali selepas solat dan berdoa sebanyak mungkin semasa sujud dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.
20) Segera beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam lembah maksiat yang besar. Firman Allah, mafhumnya “Dan segeralah Ente kepada keampunan daripada tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang bertakwa. “ (surah ali imran:133)
by: majalah al-ustaz & <via>
Jumat, 14 Maret 2014
Dr Abdul Aziz Bari seorang yang berani lantang ada kekuatan tersendiri mampu memenangi hati pengundi
MB percaya Aziz Bari mampu beri kemenangan
RUWAIDA MD ZAIN
2 November 2012
2 November 2012
Dari kiri: Abdul Khalid, Wan Azizah, Anwar dan Pawanchek ketika perasmian buku ‘Charade of Justice Anwar’s Third Trial’, semalam.
SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan calon baru Parlimen Sabak Bernam, iaitu bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari akan memberikan kemenangan kepada PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) kelak.
Beliau secara peribadi berkata, kelantangan Abdul Aziz dalam melontarkan pandangan dan idea dalam pelbagai isu memberikan kelebihan kepada beliau untuk memenangi hati pengundi di kerusi itu.
Katanya, rakyat di kawasan tersebut pasti akan berbangga sekiranya Abdul Aziz mewakili mereka memandangkan bekas pensyarah undang-undang itu merupakan anak jati Sabak Bernam.
“Pada pandangan saya, kalau Aziz dipilih mewakili PKR di Sabak Bernam yang pernah ditandingi PKR, sudah tentulah beliau mempunyai peluang kerana pengundi di kawasan itu mahukan orang yang mempunyai keupayaan dan kepimpinan.
“Beliau adalah antara individu yang berani menyatakan kefahaman beliau dari segi undang-undang dan mengutarakan pendapat yang difikirkan baik untuk rakyat,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan buku ‘Charade of Justice Anwar’s Third Trial’, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Sinar Harian semalam mengenai kenyataan Abdul Aziz yang mendedahkan beliau dipilih sebagai calon kerusi Parlimen Sabak Bernam di atas arahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebelum ini, Ketua PKR Cabang Sabak Bernam, Dr Badrolamin Baharum dikatakan bakal dicalonkan pada kerusi berkenaan dan kenyataan Abdul Aziz itu mungkin menimbulkan polemik baru.
Bagaimanapun katanya, sebagai ahli PKR, beliau menyerahkan segala keputusan berhubung pemilihan calon baru untuk PRU13 kepada pucuk pimpinan parti.
“Saya menyokong penamaan (Abdul Aziz) itu jika berlaku. Tetapi proses ini mesti dilakukan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail ataupun Datuk Seri Anwar.
“Perkara ini mestilah dibuat mengikut tatacara yang betul supaya tiada pihak lain akan memberi komen mereka tersendiri berkaitan pengumuman itu. Itu pilihan tetapi kalau pandangan saya, ini terpulang kepada pucuk pimpinan parti,” katanya.
Katanya, beliau tidak tergugat dengan kekuatan yang dimiliki Umno memandangkan pihaknya mempunyai kekuatan tersendiri bagi menawan Parlimen yang dipegang Datuk Rahman Bakri itu.
Beliau secara peribadi berkata, kelantangan Abdul Aziz dalam melontarkan pandangan dan idea dalam pelbagai isu memberikan kelebihan kepada beliau untuk memenangi hati pengundi di kerusi itu.
Katanya, rakyat di kawasan tersebut pasti akan berbangga sekiranya Abdul Aziz mewakili mereka memandangkan bekas pensyarah undang-undang itu merupakan anak jati Sabak Bernam.
“Pada pandangan saya, kalau Aziz dipilih mewakili PKR di Sabak Bernam yang pernah ditandingi PKR, sudah tentulah beliau mempunyai peluang kerana pengundi di kawasan itu mahukan orang yang mempunyai keupayaan dan kepimpinan.
“Beliau adalah antara individu yang berani menyatakan kefahaman beliau dari segi undang-undang dan mengutarakan pendapat yang difikirkan baik untuk rakyat,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan buku ‘Charade of Justice Anwar’s Third Trial’, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Sinar Harian semalam mengenai kenyataan Abdul Aziz yang mendedahkan beliau dipilih sebagai calon kerusi Parlimen Sabak Bernam di atas arahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebelum ini, Ketua PKR Cabang Sabak Bernam, Dr Badrolamin Baharum dikatakan bakal dicalonkan pada kerusi berkenaan dan kenyataan Abdul Aziz itu mungkin menimbulkan polemik baru.
Bagaimanapun katanya, sebagai ahli PKR, beliau menyerahkan segala keputusan berhubung pemilihan calon baru untuk PRU13 kepada pucuk pimpinan parti.
“Saya menyokong penamaan (Abdul Aziz) itu jika berlaku. Tetapi proses ini mesti dilakukan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail ataupun Datuk Seri Anwar.
“Perkara ini mestilah dibuat mengikut tatacara yang betul supaya tiada pihak lain akan memberi komen mereka tersendiri berkaitan pengumuman itu. Itu pilihan tetapi kalau pandangan saya, ini terpulang kepada pucuk pimpinan parti,” katanya.
Katanya, beliau tidak tergugat dengan kekuatan yang dimiliki Umno memandangkan pihaknya mempunyai kekuatan tersendiri bagi menawan Parlimen yang dipegang Datuk Rahman Bakri itu.
Kamis, 13 Maret 2014
Kerajaan taja Kelab Cardiff City lebih RM15 juta
| Harakahdaily, | 25 Sep 2013 |
Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian (gambar) berkata, penajaan tersebut disalurkan kepada Kelab Bola Sepak Cardiff City untuk tempoh satu tahun.
Baginya, perbelanjaan tersebut tidak akan berupaya membayar balik melalui tarikan pelancong hanya dari United Kingdom khususnya Negara Eropah Barat.
Beliau menyatakan perkara itu merujuk kepada jawaban Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kepada soalannya di Dewan Rakyat semalam.
“Persoalan lain ialah mengapa kelab bola sepak EPL Cardiff City dan bukannya kelab bola sepak Liga Inggeris yang lain?” tanya beliau dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sepatutnya lebih kreatif dalam urusan mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2014 selain daripada menaja logo Tahun Melawat Malaysia 2014 di Stadium Cardiff.
Katanya, peruntukan sebanyak itu sepatutnya disalurkan kepada kementerian yag bertanggungjawab dalam membantu kelab-kelab bola sepak tempatan yang sekian lama mengalami kekurangan dana atau sekurang-kurangnya dilaburkan kepada latihan-latihan pemain-pemain muda berbakat yang mampu bersaing dengan pemain antarabangsa.
Soalan: Hee Loy Sian minta Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan menyatakan:-
a) Jumlah perbelanjaan Kerajaan daripada menaja jersi Kelab Bolasepak Cardiff City dan tempoh penajaan; dan
b) Bagaimana penajaan jersi bola sepak berkenaan dapat menarik pelancong ke Malaysia.
Jawapan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.
Tuan Yang di-Pertua,
a) Kos keseluruhan bagi menaja Front of Shirt Sponsorship ini adalah sebanyak £7.35 juta. Daripada jumlah tersebut, pihak Kementerian menampung sebanyak £3 juta bagi sepanjang musim Liga Perdana Inggeris 2013/2013.
Nilai publisiti dan perhubungan awam yang dianggarkan dapat diperolehi daripada penajaan ini di peringkat global adalah seperti berikut:
i) Jumlah penonton televisyen seramai 720 juta orang;
ii) Masa siaran tayangan televisyen sebanyak 217,000 jam; dan
iii) Melibatkan lebih 80 rakan penyiar (broadcasting partner) antarabangsa.
Penajaan ini juga termasuk mengadakan pameran sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 di Stadium Cardiff sepanjang musim perlawanan dan hak untuk mempamerkan logo Tahun Melawat Malaysia 2014 sepanjang musim perlawanan.
b) Melalui penajaan jersi kelab bola sepak Cardiff City Football Club telah dapat memperkasakan lagi promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 secara global serta menjadikan Malaysia sebagai Top of The Mind Destination mencapai sasaran ketibaan pelancong.
Program kerjasama ini juga berpotensi besar dalam meningkatkan bilangan kedatangan pelancong ke Malaysia terutamanya hih end tourist daripada Negara pasaran khususnya pasaran daripada United Kingdom dan Eropah Barat dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan bilangan kedatangan pelancong ke Malaysia yang disasarkan sebanyak 28 juta orang pada tahun 2014. Pasaran pelancong-pelancong daripada United Kingdom dan Eropah merupakan pasaran long haul yang utama bagi Malaysia.
Rabu, 12 Maret 2014
Merencanakan Liburan
Liburan yang menyenangkan memerlukan perencanaan yang matang agar tak satu pun hal penting terlewatkan. Cek hal-hal ini agar liburan Anda menjadi sempurna dan menyenangkan :
Adakan "penelitian" kecil-kecilan secara online. Anda bisa bergabung dalam milis travelling
Tentukan waktunya, sesuaikan dengan liburan anak
Lokasi, sesuaikan dengan keinginan dan usia anak Anda
Alat transportasi, tentukan apa yang akan digunakan dan jangan lupa memeriksa kendaraan Anda secara menyeluruh
Anggarkan biaya liburan Anda, dan darimana biaya itu didapatkan. Anda dapat menggunkan tabungan yang memang sudah Anda siapkan, namun jika tidak memiliki dana khusus untuk berlibur, Anda dapat mengajukan kredit kepada bank.
Kredit yang dapat Anda ajukan adalah kredit multiguna, yaitu kredit untuk semua keperluan konsumtif Anda termasuk dana liburan.
Selamat berlibur. (mew)
Selasa, 11 Maret 2014
Lelaki Arab Saudi Dihukum Pancung Kerana Membunuh
detikNews
Riyadh, - Pihak berkuasa Arab Saudi menghukum pancung seorang warga negaranya hari ini setelah mahkamah menyatakan dia bersalah atas kes pembunuhan.
Kementerian Dalam Negeri Saudi menyatakan seperti dilansir kantor berita AFP, Selasa (4/6/2013), Shuwail al-Amri dinyatakan bersalah atas pembunuhan Mohammed al-Amri, seorang ahli keluarganya. Dia secara sengaja melanggar mangsa dengan keretanya setelah terjadi pertikaian antara keduanya.
Hukuman mati atas Amri dilakukan di wilayah al-Baha, Saudi barat daya. Demikian disampaikan kementerian dalam pernyataan yang dimuat kantor berita resmi Saudi, SPA. Hukuman pancung itu berlangsung di wilayah al-Baha.
Dengan pemenggalan ini bererti sepanjang tahun ini, sudah 48 tahanan yang dihukum mati di kerajaan ultra-konservatif tersebut. Sebelumnya pada 2012, kelompok HAM Human Rights Watch (HRW) menyebutkan sedikitnya 69 orang telah meninggal dihukum mati di negeri tersebut.
Menurut aturan syariah yang diberlakukan di Saudi, pemerkosaan , pembunuhan, rompakan bersenjata, pengedaran dadah boleh terancam hukum mati.
Kementerian Dalam Negeri Saudi menyatakan seperti dilansir kantor berita AFP, Selasa (4/6/2013), Shuwail al-Amri dinyatakan bersalah atas pembunuhan Mohammed al-Amri, seorang ahli keluarganya. Dia secara sengaja melanggar mangsa dengan keretanya setelah terjadi pertikaian antara keduanya.
Hukuman mati atas Amri dilakukan di wilayah al-Baha, Saudi barat daya. Demikian disampaikan kementerian dalam pernyataan yang dimuat kantor berita resmi Saudi, SPA. Hukuman pancung itu berlangsung di wilayah al-Baha.
Dengan pemenggalan ini bererti sepanjang tahun ini, sudah 48 tahanan yang dihukum mati di kerajaan ultra-konservatif tersebut. Sebelumnya pada 2012, kelompok HAM Human Rights Watch (HRW) menyebutkan sedikitnya 69 orang telah meninggal dihukum mati di negeri tersebut.
Menurut aturan syariah yang diberlakukan di Saudi, pemerkosaan , pembunuhan, rompakan bersenjata, pengedaran dadah boleh terancam hukum mati.
Senin, 10 Maret 2014
Ibu Galak Anak ‘Projek’ Di Rumah
Ibu Galak Anak ‘Projek’ Di Rumah - NUSAJAYA : Untuk mengelakkan anak perempuannya dicekup melakukan maksiat kali kedua, seorang ibu bukan saja bersubahat membenarkan anaknya itu membawa pulang teman lelaki, malah turut menyediakan tempat tidur di rumah mereka di Taman Nusantara di sini.
Beberapa bulan lalu pasangan berkenaan pernah ditangkap khalwat di pusat riadah kawasan perumahan itu, namun tidak insaf, sebaliknya meneruskan kegiatan sumbang dengan ibu si perempuan turut bersekongkol.
Bagaimanapun, kelakuan mengaibkan dua beranak itu terbongkar tinjauan intipan penguat kuasa Jabatan Agama Johor dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk Biro Keselamatan dan Jawatankuasa Surau Taman Nusantara, baru-baru ini.
Pengerusi Biro Keselamatan Taman Nusantara, Ismail Rejab, 46, berkata serbuan dijalankan ke rumah dua beranak itu kira-kira jam 5 pagi dan ketika diserbu teman lelaki gadis itu tidur di tingkat bawah manakala teman wanitanya di tingkat atas.
“Pasangan berusia 20-an itu seolah-olah mendapat lesen daripada ibu gadis itu apabila kerap membawa balik teman lelaki pada siang mahupun malam. Kami juga difahamkan ibu itu membenarkan mereka berdua-duaan di rumah.
“Ibu gadis itu berusia 50-an mengakui kesilapan membiarkan anaknya bebas bergaul hingga membawa balik teman lelaki dan berjanji akan mengawasi kegiatan anak perempuannya,” katanya sambil memaklumkan anak wanita itu juga diberi kaunseling supaya tidak mengulangi perbuatannya.
Sementara itu, Ismail berkata, terdahulu, pihaknya membuat serbuan ke sebuah kediaman seorang gadis, 20, yang tinggal bersama rakannya, kira-kira jam 3.30 pagi.
Menurutnya, gadis itu mengambil masa setengah jam membuka pintu rumah.
“Selepas diberi amaran, gadis itu memakai kemeja-T dan berseluar pendek membuka pintu sebelum pemeriksaan mendapati seorang lelaki berusia 23 tahun berasal dari Kampung Melayu, Gelang Patah berada di dalam bilik tidurnya.
“Pasangan itu diserahkan kepada pegawai pencegah maksiat Jabatan Agama Johor manakala teman serumah wanita itu diambil keterangan kerana disyaki bersubahat,” katanya.
Sementara itu, Imam 1 Taman Nusantara, Samsul Adha, 40, berkata pihaknya sentiasa berusaha membanteras kegiatan tidak bermoral di kalangan anak muda di kawasan perumahan itu.
“Kami berharap supaya golongan anak muda tidak memandang ringan usaha membanteras maksiat yang dijalankan,” katanya. – papaada.blogspot
Minggu, 09 Maret 2014
Apple iPhone 5 Dilengkapi Casing Liquidmetal
Sebuah kabar juga menyebutkan bahwa Apple juga sudah menandatangani kesepakatan dengan pihak penemu Liquidmetal yaitu Liquidmetal Technologies Ltd. untuk menjadi produsen casing handphone tersebut. Kaca ini dirancang sekuat mungkin untuk memberikan tinjauan yang lebih baik daripada casing biasa. Liquidmetal ini diharapkan lebih kuat 20 kali lipat.
Selain itu, ada kabar lain yang disebutkan oleh salah satu berita korea kalau Samsung juga sedang menyiapkan Samsung Galaxy S3 seperti yang dilansir oleh "Telegraph". Samsung Galaxy S3 diperkirakan memiliki body yang teruat dari keramik dengan teknologi tinggi. Rumornya sih Samsung akan merilis Samsung Galaxy S3 pada 3 Mei di London.
Wah persaingan antara Apple dan Samsung semakin kuat. Jika di ibaratkan pertarungan antara iOS dan Android :D. Sekian dulu review dari ane ya semoga bermanfaat.
Label:
5,
apple,
casing,
dilengkapi,
iphone,
liquidmetal
Sabtu, 08 Maret 2014
Najib arah Kabinet bincang Seksyen 114A
sinar harian var dateEG = "August 14, 2012" var tarikhBM = tukarTarikh(dateEG); document.write(tarikhBM); 14 Ogos 2012
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta Kabinet agar membincangkan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950, yang diluluskan baru-baru ini, ekoran bantahan dan kritikan pelbagai pihak - pemimpin Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan.
Menerusi mesej Twitternya malam ini, Najib berkata, sebarang tindakan kerajaan seharusnya mengutamakan kepentingan rakyat.
"Apa saja kita lakukan, kita harus mengutamakan rakyat," kata beliau yang kini berada di Makkah.
Kabinet akan mengadakan mesyuarat mingguannya esok, akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menerusi mesej Twitternya malam ini, Najib berkata, sebarang tindakan kerajaan seharusnya mengutamakan kepentingan rakyat.
"Apa saja kita lakukan, kita harus mengutamakan rakyat," kata beliau yang kini berada di Makkah.
Kabinet akan mengadakan mesyuarat mingguannya esok, akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Jumat, 07 Maret 2014
Pelacur Di Itali Laris Seperti Goreng Pisang 12 Gambar
Hangat macam gorenga pisang panas!
Di Itali, sindiket pelacuran sangat hebat sehinggakan perkhidmatan seks ini wujud di setiap jalan - jalan utama. Larisnya mereka seperti jual goreng pisang panas di Malaysia. Mari kita melihat dan memikirkan apakah yang akan terjadi kepada negara kita jika situasi di Itali sama terjadi di Malaysia... uh tak dapat CK! nak bayangkan..

Lagi gambar goren pisan PANAS??? Baca entri ini sepenuhnya..



Kamis, 06 Maret 2014
Ahmad Dhani sanggup temankan anak dijel
23 Sep 2013 myMetro
Jakarta: Anak lelaki Ahmad Dhani, Dul diburu kebimbangan sejak dibenarkan pulang dari hospital. Dia bimbang dirinya bakal ditahan di penjara.
Bagaimanapun, Ahmad Dhani meyakinkan anak lelakinya itu yang dia akan menemani Dul jika remaja terbabit benar-benar dipenjarakan. “Saya memberitahunya tidak perlu bimbang kerana jika dia benar-benar ditahan di penjara, saya akan pergi ke penjara setiap hari,” katanya ketika ditemui di Hospital Pondok Indah kelmarin.
Ketika ditanya apakah reaksi Dul selepas mendengar kata-katanya itu, Dhani memberitahu anaknya hanya termenung dan terdiam. Sebagai bapa, Dhani cuba membuat Dul faham yang dia perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Katanya, kemalangan itu bukan saja satu musibah tetapi juga terjadi kerana kesalahan diri sendiri.
“Saya memberitahu Dul yang dia perlu memahami kejadian itu bukan saja satu malapetaka tetapi ia berlaku kerana kesilapan kita juga,” katanya. - Agensi
Rabu, 05 Maret 2014
LOL Pelekat Kereta Paling Menyedihkan
Transfailmers!
Seriously..... pergi la carik sticker vinyl yang semenggah sikit!


Label:
kereta,
lol,
menyedihkan,
paling,
pelekat
Selasa, 04 Maret 2014
58 Fadhilat Wanita Solehah
1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : “Ibu lebih penyayang dari bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.
5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca “Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah”. Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.”; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa’ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.
10. Dari ‘Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya dari api neraka.”
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)
15. ‘Aisyah r.ha. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?” Jawab baginda, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki ?” Jawab Rasulullah SAW. “Ibunya”.
16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).
18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga baginya.
28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
32. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.
36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.
38. Jika wanita mengurut suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita mengurut suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
39. Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).
41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, “Adakah Ente menyembahyangkan mayat ?” Jawab mereka,”Tidak”. Sabda Baginda “Sebaiknya Ente sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi Ente. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami niscaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
42. Wanita yang memerah susu binatang dengan “Bismillah” akan di doa’kan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “Bismillah” , Allah akan berkahkan rezekinya.
44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
45. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
46. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”
47. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”
48. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
49. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
50. Sabda Nabi SAW: “Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat.”
51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.
53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya (menjaga aurat) iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia mengembirakan engkau, jika engkau memerintah di ta’atinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
58. Rasulullah SAW bersabda bahawa, “Allah telah memberikan sifat iri (cemburu) untuk wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita melatih kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), seperti misalnya suaminya menikahi istri kedua, maka ia akan menerima ganjaran seorang syahid”.
(Rujukan : Kanzul ‘Ummal, Misykah, Riadlush Shalihin, Uqudilijjain, Bhahishti Zewar, Al-Hijab dan lain-lain.)
Senin, 03 Maret 2014
Bunuh Diri Selepas Tukar Jantina Gagal

Brussels – Seorang lelaki Belgium menjalani suntikan maut selepas mendakwa pembedahan penukaran jantina menjadikan dia ‘makhluk asing.’
Nathan Verhelst dilahirkan sebagai Nancy 44 tahun lalu dan mengalami masalah apabila ibunya sering merungut kerana dilahirkan sebagai sebagai wanita.
Dia kemudian menjalani terapi hormon pada 2009 diikuti pembedahan mastektomi (pembuangan buah dada) serta membentuk zakar tahun lalu.
Bagaimanapun, menurut Verhelst, tiada satu pun pembedahan itu yang berjaya. “Saya bersedia menyambut kelahiran semula saya yang baru tetapi, saya berasa jijik apabila melihat cermin.
“Dada saya tidak seperti yang diharapkan manakala kemaluan menunjukkan tanda penolakan,” katanya. Bercakap mengenai keputusannya untuk menamatkan riwayat sendiri, Verhelst berkata, dia kecewa kerana pembedahan itu menjadikannya “tidak dikehendaki mana-maan wanita.” Verhelst kemudian disuntik racun selepas pihak berkuasa berpuas hati dia mengalami “penderitaan psikologi tidak tertanggung.” – Agensi
Minggu, 02 Maret 2014
Soo Wincci tak tolak jodoh lelaki Melayu
SOAL jodoh pernah menjadi satu kerisauan buat penyanyi terkenal berdarah Tionghua, Soo Wincci.
Pernah dibadai kekecewaan sebelum ini, sedikit sebanyak membuatkan penyanyi berusia 28 tahun ini putus asa untuk menjalin cinta.
"Saya pernah cuba menjalin hubungan cinta sebelum ini tapi tak menjadi. Ada saja masalah.
"Memang ada rasa putus asa. Jadi, saya ambil keputusan untuk fokus pada karier," katanya kepada Sinar Harian Online.
Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Wincci menyumbangkan sepasang kasut kepada pihak media yang membantunya selama ini.
Ketika ditanya soal kemungkinan jodohnya dengan lelaki Melayu, Wincci tidak menolak.
"Saya tak tolak kalau pasangan saya Melayu.
"Kerjaya saya boleh pilih nak itu nak ini tapi kalau jodoh tak boleh pilih," katanya yang belum pernah menjalin cinta dengan jejaka Melayu.
Tambahnya, "kalau orang itu bukan untuk kita, usaha macam mana pun, tetap tak jadi punya."
Kehidupan seharian Wincci terlalu sibuk sehinggakan Wincci hanya mempunyai waktu tidur yang terlalu singkat.
Ekoran terlalu sibuk, ayah Wincci pernah merajuk gara-gara terlalu susah untuk bertemu.
"Ayah saya marah sebab nak jumpa saya kena buat temujanji.
"Tapi sekarang dia dah faham," katanya sambil ketawa kecil.
Dalam perkembangan lain, Wincci baru saja mengeluarkan lagu terbaru sempena Hari Raya Aidilfitri berjudul Salam Aidilfitri.
Wincci bakal kembali ke Taiwan pada November nanti untuk meneruskan urusannya di sana.
Selain itu, Wincci juga bakal muncul dalam program TV terbaru yang bakal menjalani penggambaran selama tiga bulan.
Sabtu, 01 Maret 2014
Lawak! Motor Honda C50 Beraksi Depan Superbike
Penulis tidak tahu nak cakap apa selain gelak dan gelak lagi.
Video ini adalah salah satu video yang boleh dikira sebagai percubaan nasib untuk memalukan diri sendiri.
Mungkin? Siapa tahukan.
Apa-apa pun, motifnya mungkin hanya mahu membuat lawak sahaja.
Penulis sendiri tidak mengetahui di mana lokasi aksi tersebut dilakukan.
Tetapi, menurut komen yang menonton video itu, ia berlaku di Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu, Kelantan.
Semoga terhibur!
Sumber Video: Blogserius.blogspot
Oleh: SORAYA IMAN
Langganan:
Komentar (Atom)
